Kenapa Fiza Elite Sanggup Curang?? .. Ada Orang Ketiga Dalam Perhubungan...

Lagi artis Malaysia kita bercerai, Terbaru Fiza Elite sudahpun diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin yang juga seorang ahli perniagaan.. Penceraian dilakukan di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 4 November yang lalu… Punca penceraian masih lagi menjadi tanda tanya apabila Fiza Elite dan suaminya melarikan diri apabila crew Melodi cuba mendapatkan penjelasan daripada mereka…

Tapi, MyGosip masih ingat lagi pengakuan suami Fiza Elite sendiri di Bipop Berita Harian pada 3.10.2010 yang jelas mengatakan kecurangan Fiza Elite bersama Malek Marwi yang juga ayah kepada Erin Malek.. Jom kita baca pengakuan suami Fiza ni…

“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!

“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan.

“Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!”

Sambungan Baca Di sini

Apa Depa Bincang Antara BERSIH II Dengan SPR - Bakal Ada Perubahan Kut?...


PUTRAJAYA 9 NOV: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bebas sepenuhnya dan sedar betapa besarnya kuasa mereka dalam membawa satu perubahan dalam pilihanraya di negara ini, tegas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau berkata demikian selepas bermesyuarat dengan wakil SPR lebih tiga jam bagi membincangkan mengenai memorandum yang dihantar oleh BERSIH lebih kurang dua bulan lalu berkenaan proses pilihanraya di negara ini.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, ahli SPR adalah setara dengan ahli Mahkamah Persekutuan di mana mereka ini tidak boleh disingkirkan melainkan dengan kaedah sama seperti menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan. Perdana Menteri tidak sepatutnya campurtangan dalam perlantikan mereka dan ini hanya boleh dibuat oleh YDP Agong. SPR hanya perlu menjawab di Parlimen atas tindakan mereka," jelas beliau.

Dalam mesyuarat pagi tadi, BERSIH 2.0 menyuarakan kebimbangan mengenai proses pesempadanan pilihanraya (delimitation) di mana pembahagian wilayah untuk Dewan Undangan Negeri dan parlimen di beberapa tempat tidak masuk akal.

Selain itu, BERSIH 2.0 juga menyuarakan kebimbangan berkenaan pelanggaran undang-undang pilihanraya yang semakin menjadi-jadi.

"Kita juga menyuarakan kebimbangan terhadap kesalahan pilihanraya yang jelas dilihat tetapi tidak langsung didakwa, dan kita mendapati tiada satupun kesalahan pilihanraya ini pernah didakwa oleh SPR sehingga kini di bawah Akta Pilihanraya. SPR pula berdalih menyatakan itu bukan dalam bidang kuasa mereka," kata beliau lagi.

Walaupun begitu, Ambiga berkata SPR patut mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan ke atas pesalah terbabit.

"Kerajaan juga secara terang-terangan melaburkan wang dan projek pembangunan dalam jumbah yang besar terutamanya semasa pilihanraya kecil dan ini sesuatu yang dapat dilihat jelas oleh semua. Kita merasakan SPR juga patut bertegas dalam hal ini," kata beliau lagi.

Selain itu, BERSIH 2.0 juga mengemukakan beberapa isu penting yang melibatkan proses rombakkan pilihanraya.

Antaranya ialah ialah isu pendaftaran pengundi secara automatik yang mana walaupun SPR dilihat tidak begitu berminat tetapi BERSIH 2.0 meminta SPR untuk mempertimbangkan semula agar memasukkan isu ini di dalam cadangan perombakan proses pilihanraya.

"Kita juga membincangkan mengenai kebebasan media dan betapa pentingnya SPR mengambil langkah pertama memastikan liputan media yang bebas dan adil semasa pilihanraya, dan memastikan semua calon mempunyai akses kepada semua media," jelas beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata, SPR memberitahu bahawa SPR sentiasa mengadakan perjumpaan dan meminta pihak media agar memberikan liputan yang menyeluruh dan adil.

"Saya rasa langkah ini merupakan sesuatu yang bagus dan patut diketahui umum. Sekiranya pihak media bertindak sebaliknya walaupun setelah SPR menasihati mereka, maka kita terpaksa menyoal proses media yang mana tidak memberikan ruang untuk liputan yang bebas dan adil untuk semua calon semasa kempen pilihanraya," tegas beliau lagi.

Beliau menjelaskan, BERSIH 2.0 juga mencadangkan kepada SPR untuk mempertimbangkan kembali penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya.

"Kita minta untuk menggunakan dakwat kekal tetapi SPR menjelaskan mereka tidak akan menggunakan dakwat kekal, sebaliknya sedang mengkaji penggunaan sistem biometrik.

Ini merupakan satu perkembangan yang akan kita ikuti keberkesanaannya, dan walaupun kaedah ini berhak dipuji tetapi kita lihat dulu keputusannya," jelas Ambiga.

Dr Asri Nafi Digunakan - Cadang Supaya DS Anwar Bersara...

Bekas mufti Perlis Prof Madya Mohd Asri Zainul Abidin menafikan digunakan oleh akhbar Umno Utusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Menyifatkan dakwaan 'digunakan' terhadapnya sebagai agak berat, Mohd Asri menjelaskan cadangannya supaya Anwar 'bersara politik' bukan berkaitan peribadi, sebaliknya pandangan politik yang berniat baik.

NONE"Pada awal moderator (blog saya) Minda Tajdid sendiri pun risau (dengan pandangan saya). Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia.

"Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar," katanya sambil memberitahu tidak pernah memusuhi, bahkan simpati dengan keadaan Anwar sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar hari inimempersoalkan masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

Anwar mendakwa terdapat kempen bersepadu di Utusanmenggunakan Dr Mohd Asri dan lidah pengarang akhbar itu supaya beliau meletakkan jawatan.

Tidak di belakang Zaid, Mustaffa Kamil

Dalam surat terbukanya kepada Anwar petang ini, Dr Mohd Asri berkata, selain tajuk yang 'garang', laporan di Utusan sebelum ini daripada laman blognya dipetik dengan tepat.

"(Ia) bukan kenyataan eksklusif untuk mereka. Sebaliknya, The Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya.

NONE"Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan," katanya.

Menurut Mohd Asri lagi, beliau sendiri tidak tahu bahawa dua calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub - yang turut dikaitkan dalam 'perancangan' itu - akan mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar dan PKR.

"Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka," kata Dr Mohd Asri.

Sambil mengakui kelebihan Anwar dalam politik - terutama dalam pemikiran Islam, pidato dan umur - Dr Mohd Asri yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu perlu mengambil kira banyak persoalan lain.

SMS pada Anwar

"Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa.

"Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot," jelas beliau lagi.

azlanSelain itu, Dr Mohd Asri berharap apa yang berlaku tidak merosakkan hubungan sesama Islam dengan pemimpin itu

"Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah SMS secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi.

"Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi - seperti kenyataan awal - pohon kemaafan atas pandangan tersebut," katanya sambil memberitahu masih mempercayai kebenaran pandangannya.

Menteri Labelkan Bukan Melayu Kurang “Semangat Patriotisme”

Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya “semangat patriotisme”, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab apabila menjawap soalan yang dibangkitkan oleh Mohd Jidin Shafee(BN - Setiu).

Mohd Jidin meminta perangkaan rekrut terbaru tentera sejak dua tahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Beliau juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia.

Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.
“Kementerian mendapati pembabitan bukan Melayu, khususnya di kalangan masyarakat Cina dan India di bawah tahap yang memuaskan.”

Selain kekurangan “semangat patriotik”, Zahid berkata ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain.

“Mungkin kerana takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada keluarga,” kata Zahid.

Dilabel pengecut

Beliau juga berkata ia mungkin disebabkan kekurangan sokongan daripada masyarakat berkenaan sendiri ataupun tanggapan negatif terhadap ATM.

Namun kata Zahid, yang juga adalah ahli parlimen Bagan Datoh, kerajaan tidak pernah meletakkan kuota untuk ATM dan semua pengambilan rekrut baru dibuat berdasarkan kelayakan, minat dan juga secara sukarela.

Tidak puas hati dengan jawapan Zahid itu, ahli parlimen DAP yang mewakili Ipoh Barat DAP M Kulasegaran bangkit membuat bantahan menurut Peraturan Dewan 36(10)(c).

Kulasegaran menuntut menteri itu memohon maaf berhubung kenyataannya bahawa bukan Melayu kurang semangat patrotik punca mereka kurang minat menganggotai angkatan tentera.

Oleh kerana Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat ketika itu, Kulasegaran melabelkan menteri itu sebagai 'pengecut' meskipun sebelum itu telah dimaklumkan supaya terus berada di parlimen.

Namun sebaliknya, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengarahkan Zahid untuk menarik balik kata-katanya tetapi menegur Kulasegaran kerana mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sesuai, iaitu perkataan “pengecut”.

Video: MP Puchong Di Arah Keluar Dewan Berhubung Serbuan Polis Ke Atas Bekas Sultan Kelantan

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan.

Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan terus menyoal speaker jika di dewan yang mulia ini dia tidak dapat jawapan di mana lagi beliau harus bertanya.

Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat.

Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan.

"Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind.

Kata-kata itu menyaksikan speaker yang pada mulanya hanya menyuruh Gobind supaya keluar sepanjang masa rehat dari jam 1 petang hingga 2.30 petang menukar keputusannya dan menggantung Gobind sehingga berakhir sesi hari ini.
Pada serbuan polis Mei lalu, Tengku Muhd Fakhry Petra yang ketika itu adalah Tengku Temenggung juga ditahan untuk satu malam.

Selain baginda, beberapa pengawal peribadi Sultan Kelatan ketika itu juga ditahan sejurus beberapa minit mereka meninggalkan Istana Kubang Kerian, di Kota Bharu.

Tengku Fakhry dilaporkan berada di konvoi mengiringi ayahanda dan bodanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, dalam perjalanan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.