Video Dan Gambar2 Selepas Meletusnya Gunung Merapi Di Indonesia


Gambar-gambar berikut memaparkan pemandangan beberapa buah kampung yang diselaputi debu setelah meletusnya Gunung Merapi di Indonesia.. Lihatlah... betapa hebatnya kuasa ALLAH...



Beberapa ratus kilometer jauhnya di Jawa tengah, 25 orang terkorban apabila gunung berapi yang paling aktif di republik itu - Gunung Merapi - meletup semalam, dan memuntahkan lava dan gas.

Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka.- berita penuh sila baca di SINI





Antara yang turut terkorban dalam kejadian adalah Penjaga 'kunci' Gunung Merapi Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo yang mayatnya ditemui dalam keadaan sujud - Baca di SINI

























Ada MP TAKUT Dengar Ucapan PM Najib Semasa Persidangan Agung Umno

KUALA LUMPUR: Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau 'takut' dengan ucapan penggulungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.

Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

"Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa 'takut' dengan ucapan Najib itu.

Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan Ahli Parlimen Batu Gajah itu.

Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: "Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.

"Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah," katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.

Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.

"Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab," katanya. - BERNAMA

Tahun Lepas Kerajaan Terlebih Belanja 4.83 bilion - Adakah PM Najib Tak Tahu Urus Tadbir

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionLaporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

dap defence ministry patrol vessels 120405 defence ministry buildingSenarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan.

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

Berapa Banyak Majlis Agama Wilayah Ambil Kesempatan Atas Alasan Asnaf Amilin... Betul2 La Ada Tangan Hantu - Dr Asri

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

Pensyarah Yang Juga Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit Buntar Di Tangkap Khalwat Dengan Lelaki Warga Asing?

ImagePulau Pinang : Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar. Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 13. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.

Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.

Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada dibawah kepimpinannya.

Image

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.