Update Dari HUKM: Pelakon dan Pelawak Osman Kering Kembali Stabil: Doakan Moga Beliau Kembali Pulih... Jom Terjah!!!


Berita baik buat para peminat dan semua orang yang mengenali Osman Kering.
Menurut status Twitter wartawan Melodi, Zuan Azmi, Osman Kering kini dilaporkan sudah kembali pulih dan stabil. Difahamkan, doktor telah mencuci buah pinggang Osman pagi tadi dan kini dia berada wad ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Untuk pengetahuan, semalam kecoh mengenai khabar angin mengatakan Osman Kering telah meninggal dunia namun itu semua telah dinafikan apabila anak perempuannya, Nur Ain, mengesahkan sendiri bahawa Osman masih hidup.
Apa pun, mari kita doakan agar Osman Kering semakin sihat.

Panas Garing!! Bakal Menantu PM Haji Najib DiDakwa Menipu RM62 Juta Dan Guna Dokumen Palsu Untuk Masuki Universiti Columbia... Biar Betul???



Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Al Fatihah: Mak Ngah Lijah (Emak Menteri Agama KampungKu) Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi...



Emak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Hasiah@Halijah Ahmad, ( lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah Lijah) 71 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, pagi ini. 

Jenazah Mak Ngah Lijah  yang meninggal dunia selepas Subuh di rumah Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.

Pelakon dan pelawak, Osman Kering Masih Kritikal Di ICU HUKM.. Mohon Doakan Kesihatan Beliau..


Osman Kering.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin.
Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.
Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.
"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.
Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.