Al Fatihah: Mak Ngah Lijah (Emak Menteri Agama KampungKu) Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi...



Emak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Hasiah@Halijah Ahmad, ( lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah Lijah) 71 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, pagi ini. 

Jenazah Mak Ngah Lijah  yang meninggal dunia selepas Subuh di rumah Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.
Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kg Batu Muda, kata Suleiman ketika dihubungi hari ini.
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak. Jamil Khir adalah anak sulung dan Ustaz Zulkifli. Moga rohnya dicucuri rahmat... Al Fatihah.


Pak Ngah Baharom pun kurang sihat juga..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.