Sebagaimana
diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut
dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di
Kelantan.
Tengku
Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS,
Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che
Long, dengan majoriti yang lebih besar.
Benar
Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih
dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2
peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya
disukai.