ZAINAL menunjukkan buah durian yang menimpa anak sulungnya sambil diperhatikan Samimi.
NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.
MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram
Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.