

TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.
Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari







"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.
Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, BN akan diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dan juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang.
Naib Ketua Umno Cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, juga menegaskan tiada isu besar di Kerdau kerana kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di situ sejak dahulu lagi.![[2.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjBo4wvoAh5eSUmyNXYU_lO0DX38AbetO9ch6jdNY4CMFKAo1aU9krj_dZLMtmgDMsn-L6qCDnZzsMlbf3OSkiarhVwWO4zZctE776lt0oqZwp8VMGgL1L0IqNTKXO_UFG_bffUEwJjjDv/s1600/2.jpg)
