Ini adalah berita terkini yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.
Menurut satu sumber Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.
Sumber yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.
Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!
Jom tengok Biodata
Nama Penuh: Daphne Eleanor Iking
Umur: 29 tahun
Asal: Keningau, Sabah
Etnik: Kadazan
Taraf Pendidikan: Ijazah Sarjana Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Filem, TV dan Radio (USM)
Pengalaman Kerjaya: Wartawan, Kolumnis, Penerbit Program, Hos TV, Pengacara Majlis, Model dan Pelakon
Suami: Ryan Chong
Anak: Isobel Daniella Iking-Chong
Program TV: Ringgit Sense, Explorace, Wanita Hari Ini, My Australian Adventure, The Breakfast Show MyStarz LG, Celebrity Cookout dan Life As A Celebrity.
Iklan Komersial: Pond’s, Dettol, Airwick Refreshner, Kenny Rogers, Amway Double X, Vitamin C, Vanish Powder, Sony Vaio dan Volvo S80.
moga berbahagia :)
ReplyDelete