POKOK MATA KUCING CIKGU HAMID BERBUAH LAGI





Cikgu Abd Hamid, merupakan seorang guru di SMK Kinarut. Beliau yang berasal dari Sungai Yan Kedah, orang sedaka pakat kenai dia sebab dia ramah dengan semua orang. Beliau telah membeli sebuah rumah di Taman Lok Kawi Sabindo sejak beberapa tahun lalu.


Di halaman rumahnya telah ditanam dua pokok mata kucing. Pokok ni dah keluar buah. (Tengok gambar)

Beliau telah membeli dua benih pokok mata kucing di Siam dengan harga RM18.00 sepohon. Kini dua pohon yang ditanam sejak dua tahun lalu sudah mula berbuah buat kali kedua. Rasanya manis dan sedap.
Warna kulitnya agak kemerahan sedikit berbanding buah mata kucing versi tempatan.
Sebenarnya, sesibuk Cikgu Hamid dengan dunia pendidikan dan dakwah, sempat juga beliau dan isteri bercucuk tanam.
Buktinya di hadapan dan belakang rumahnya dipenuhi dengan dua pokok mangga purba yang berkulit tebal, juga pokok cili untuk dijual.
Bahkan sebelum ini di belakang rumahnya terdapat kolam mini menternak lebih 100 ekor ikan keli. Tapi semua kelinya sudah ‘diselesaikan’.
Jika ada permintaan untuk mendapatkan ikan keli, cili, mangga purba dan mata kucingnya, insya Allah Cikgu Hamid boleh mengikhtiarkan. Hubungi beliau : 013-8508468.

Salam Ma'al Hijrah 1431



Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1431 Hijriyah.

Semoga di tahun baru ini kita “berhijrah” ke arah yg lebih baik lagi, insya Allah.

Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir Zulhijjah-Khamis 17 Disember 2009
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun, maka syaitan anak berkata: "hampala kami di sepanjang tahun ini"



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Khamis 17 Disember 2009
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Masudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.