Menteri Penerangan Sifatkan DS Anwar Sebagai "Sembilang Dalam Lubuk Keruh"

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, mengumpamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "sembilang dalam lubuk keruh" yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya.

Beliau berkata, dengan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sentiasa mengkritik melulu banyak perkara termasuk mengenai Malaysia yang diiktiraf banyak pemimpin asing sebagai sebuah negara Islam moden.

Rais meminta Anwar supaya melihat pengiktirafan terhadap negara ini menerusi "pintu hatinya" dan bukannya bersandarkan kepada firasat politikbeliau terutamanya ketika beliau dan parti yang diterajuinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dalam keadaan bercelaru.

"Datuk Seri Anwar, sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan sekarang Ketua Pembangkang, janganlah apabila dalam lubuk yang berair jernih lain bahasanya tetapi apabila di dalam lubuk yang keruh airnya lain pula bahasanya.

"Semasa berenang dalam air yang keruh dalam lubuk tertentu, beliau macam seekor ikan sembilang yang suka menyengat ke kiri dan ke kanan, tetapi bila di dalam keadaan air yang jernih, beliau selesa dan tidak membuat apa-apa," katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita pada majlis ibadah korban peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di perkarangan Masjid Muhammadi, Angkasapuri di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Rais berkata, kenyataan Anwar itu mencerminkan bahawa Penasihat PKR itu mulai merasa keperitan dalam kerjaya politiknya berbanding semasa beliau dalam kerajaan.

"Jadi saya kata begini, seekor ikan yang berada dalam air tidak tahu bahawa ia berada dalam air, bila keluar ke pasir baru tahu hangat dan peritnya hidup.

“Jadi, Datuk Seri Anwar perlu melihat menerusi pintu hati bukan menerusi pintu politik yang beliau sedang berada dalam keadaan kacau sekarang," katanya.

Rais berkata, Malaysia bukan sahaja diiktiraf oleh Australia tetapi turut diperakui kepimpinan negara Timur Tengah dan Eropah bersandarkan pengamatan mereka terhadap pegangan dan amalan negara ini.

Katanya, perakuan mengenai Malaysia sebagai negara Islam moden pernah dibuat seorang tokoh orientalis dari Itali yang memerhatikan tamadun Islam di seluruh dunia bahawa Islam di Malaysia adalah Islam yang paling liberal, paling bersekutu dan saling memupuk erti kebangsaan serta keadaan yang memberi makna kepada pelbagai kaum.

Beliau berkata, tokoh dari Mesir juga menyatakan Islam di Malaysia adalah sebuah agama yang dianut dan dipupuk menerusi Perlembagaan dan amalan.

Rais berkata, jika Anwar melihat kenyataan itu bukan sebagai pengiktirafan, beliau boleh menilai ucapan yang dibuat di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di mana Malaysia sebenarnya sudah jauh ke hadapan berbanding negara lain dalam sifat modennya sebagai sebuah negara Islam.

- Bernama

Apakah Motif Peguam Terkenal Diserang Dan Dibunuh Kejam?


IPOH: Peguam terkenal G. Balasundram terbunuh selepas dua lelaki bertopeng bertindak berani menyerangnya di luar rumah mangsa di Desha Rishah di sini, Selasa.

Dalam kejadian 5 petang itu, kedua-dua suspek menyerang Balasundram, 57, sebaik sahaja mangsa tiba di kediamannya.

Serangan itu meninggalkan Balasundram dengan 17 kesan tetakan pada abdomen dan beberapa kecederaan lain di bahagian paha.

Dipercayai suspek dipercayai pembunuh upahan telah mengekori Balasundram dari pejabatnya sebelum melakukan serangan di kediaman mangsa.
Publish Post
Isterinya hanya mampu menjerit apabila melihat suaminya seorang peguam ditikam bertubi-tubi oleh empat lelaki bertopeng di depan rumah mereka di Taman Desa Rishah, Buntong di sini kelmarin.

Laporan Kosmo, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, kejadian berlaku semasa mangsa turun dari keretanya di depan rumah selepas pulang dari pejabat.

“Isteri mangsa L. Pusphalatha, 48, ketika itu berada di dalam rumah dan berlari keluar setelah mendengar bunyi bising itu,” kata beliau di sini semalam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan oleh seorang jiran yang melihat kejadian itu.

Mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan dan meninggal dunia lewat malam berkenaan.

Polis menolak klasifikasi kes itu sebagai rompakan kerana barangan milik Balasundram tidak diambil oleh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan pisau Rambo.

"Mangsa meninggal dunia 9.30 malam selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya, sambil menambah polis masih menyiasat motif serangan itu.

Laporan Metro pula menyebut adik ipar Balasumdram, G Rajan berkata:

“Saksi kejadian memberitahu abang ipar saya ditikam 17 kali oleh dua lelaki bertopeng di hadapan rumah ketika dia baru pulang dari tempat kerja.”

Balasundram meninggalkan balu, G. Puspalatha, 48 dan anak lelaki, Somaskanthar, 5 tahun.

Berapa Cukai Taksiran Untuk Mahligai Bekas MB Selangor?

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, semalam telah membayar sekitar RM11,000 kepada Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA), setelah diberikan notis untuk menyelesaikan cukai taksiran banglo mewahnya yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit di Shah Alam.

khir toyo interview 150910Seorang pembantu kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mohd Noor menafikan berita kononnya kediaman kontroversi milik Khir itu telah disita oleh MPSA berikutan kegagalannya menjelaskan cukai taksirannya.

“Rumahnya tidak disita; beliau cuma diberikan notis untuk menyelesaikan bayaran tertunggak selama enam penggal (dua penggal setahun) cukai taksiran rumahnya semalam. Beliau diberi seminggu untuk berbuat demikian tetapi saya percaya beliau telah menjelaskan bayaran tertunggak itu,” kata pembantu itu ketika dihubungi.

Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan laporan banglo milik Dr Khir di Sekysen 7 Shah Alam menjadi tumpuan MBSA menyerahkan notis sita rumah selepas bekas Menteri Besar itu dikatakan tidak menjelaskan penilaian bagi rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Dr Khir sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang notis daripada MBSA sejak kebelakangan ini, malah ketika notis sita rumah itu diserahkan, beliau tiada di rumah ketika itu.

khir toyo mansion 060709 06"Saya sudah menyelesaikan bayaran ini. Ia hanya kes terlepas pandang dan saya harap ia tidak dijadikan isu," katanya kepadaBerita Harian.

Laporan itu kemudian diperbesarkan oleh akhbar Cina yang mendakwa kediaman Dr Khir telah disita selepas beliau gagal menjelaskan bayaran cukai taksirannya itu.

Banglo itu menjadi isu selepas didedahkan kos pembinaannya termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar bernilai kira-kira RM24 juta.

Bekas menteri besar itu bagaimanapun telah menafikan jumlah itu dan sebaliknya menjelaskan ia menelan perbelanjaan RM3.5 juta.

Gambar2 Pertunangan Noh Hujan Dan Bakal Nikah 1 Julai Tahun Depan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.