Sebuah pesawat pengangkut milik Tentera Udara India (IAF)yang baru dibeli, C-130J terhempas 72 batu di lapangan udara pangkalan Gwailor pagi semalam dimana mengakibatkan lima anggota dalam penerbangan itu terkorban.
Bagaimanapun, IAF belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah anggota dalam pesawat itu yang sedang melakukan misi penerbangan latihan rutin.
Insiden pesawat empat enjin buatan Amerika Syarikat itu menimbulkan persoalan dikalangan juruterbang berpengalaman berikutan rekod keselamatan baik dan pesawat itu yang mudah dikendalikan.
Menurut seorang juruterbang kanan Tentera Udara berkatam kemalangan itu ‘pelik’ dan beliau menjangkakan kru pesawat tidak dapat berbut apa-apa atau berlaku kebakaran ketika penerbangan.
Setakat ini, operasi menyelamat diteruskan di lokasi pesawat itu terhempas.
0 comments:
Post a Comment