BERAPI!!! Pengerusi DAP, Karpal Singh Letak Jawatan.. Jom Terjah!!!


Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Gambar fail.

Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti itu susulan daripada  dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.
Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Karpal berkata, beliau dengan rendah diri akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu.
“Saya akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.
“Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang beliau gambarkan sebagai “perundangan lapuk dan tidak relevan kerana ia sudah berusia 66 tahun dan peninggalan penjajahan British”.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.