Terkini!!! Benarkah Kassim Ahmad Ditahan JAWI? Jom Terjah!!




Kassim Ahmad Ditahan JAWI - Cendiakawan kontroversi 'anti hadis', Dr Kassim Ahmad ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi... di kediamannya di Kelab Golf Kulim, Kedah.



Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

sumber

Malaysikini melaporkan...

Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Sementara itu, anak Kassim -- Ahmad Shauqi -- berkata, bapanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.

JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.

Dijangka didakwa esok

Seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Program dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Sebuah buku Kassim, Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.