Allahu Rabbi!! Inilah Antara Wajah Wira-Wira Pejuang Islam Yang Dijatuhkan Hukuman Mati Oleh Mahkamah Tentera Mesir


ANTARA WAJAH-WAJAH WIRA-WIRA 529 YANG DIHUKUM MATI

Antaranya adalah Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri dalam gambar). Adakah mereka menangis menerima hukuman? TIDAK SAMA SEKALI!

Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis. 


Ucapan beliau: "Insya Allah bumi Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat di Masjidil Aqsa. Insya Allah"

********************

HUMANITI - Care for Egypt mengecam hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera Mesir kepada 529 orang aktivis yang mendokong perjuangan keadilan dan kemanusiaan melalui lunas-lunas demokrasi. Tindakan yang menghalalkan pembunuhan kepada peradaban manusia ini tidak boleh sama sekali berlaku dan amat terkutuk dalam prinsip kehidupan Islam, kemanusiaan dan demokrasi.
Ternyata prinsip keadilan dan hak asasi manusia diketepikan apabila ruang pembelaan yang secukupnya oleh para peguam dikesampingkan. Ini amat bertentangan dengan Islam, malah merupakan penganiayaan kepada peradaban manusia. Penghakiman yang zalim, tidak mengikut prosedur dalam mempertimbangkan keadilan dan dicemari ancaman pihak berkuasa terhadap peguam pembela adalah rentetan agenda kemusnahan kepada satu sistem keadilan.
HUMANITI menegaskan bahawa episod kekejaman di Mesir yang diterajui pemerintahan tentera yang merampas kuasa daripada Presiden Dr Morsi telah sampai ke kemuncaknya apabila pembunuhan terhadap rakyat telah diperakui melalui sistem perundangan Mesir. Suasana ini amat mendukacitakan. Ini adalah keadaan yang amat sukar bagi rakyat Mesir dan kepada mereka yang cintakan keamanan dan keadilan.
Penganiayaan kepada 529 aktivis pendokong Islam yang berjuang mengikut lunas-lunas demokrasi ini ibarat berakhirnya sinar keamanan di bumi Mesir. HUMANITI dan seluruh masyarakat dunia melihat situasi ini sebagai jenayah kemanusiaan dan merupakan tindakan yang membelakangkan akhlak murni dan peradaban unggul. HUMANITI menyeru dan mendesak semua negara, badan-badan antarabangsa agar bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan hak asasi manusia di bumi Mesir dan mengambil langkah-langkah supaya keputusan Mahkamah Tentera Mesir ini dibatalkan.
NGO-NGO HUMANITI
1. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
2. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
5. Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH)
6. Persatuan Pemborong Dan Peruncit Islam Malaysia (MAWAR)
7. Yayasan Amal Malaysia
8. Muslim Care Malaysia
9. Life Line For Gaza Malaysia (LL4G)
10. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT)
11. Yayasan Ihtimam Malaysia
12. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz
Pengerusi
Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI)
Hubungi:
Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, +6019-2716364
Mohd Ghani Salleh, +6019-9326626

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.