Terkini!!! Tokoh Maulidur Rasul 2013 Dilantik CEO Baru TV AlHijrah


Kuala Lumpur: Pengurus Besar Pembangunan dan Kawalan Kandungan TV AlHijrah Che Wan Alias Che Wan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkuat kuasa 18 Februari lalu.
Tokoh Maulidur Rasul 2013 itu menggantikan Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda yang meninggal dunia pada 10 November lepas akibat penyakit barah, menurut kenyataan AlHijrah Media Corporation, di sini, semalam. 



Che Wan Alias berkelulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam bidang Bahasa Arab, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, pernah bertugas sebagai guru dan pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. 

Sebelum menyertai TV AlHijrah, beliau Penolong Pengurus Editorial Kandungan di TV3 dan Pengurus Kanan Penerbitan Islam di TV9. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.