Gambar Terkini Kematian Bekas ADUN Dan Pembantu.. Anda Tentu Boleh Buat Kesimpulan Siapa Bunuh Siapa Dan Siapa Yang Bunuh Diri?






Saya menerima komen2 para pembaca yang budiman, oleh itu gambar2 sudah dibuang


Semua gambar-gambar berikut telah dikirimkan oleh Amiliza Rozza Che Rosli.




Kematian misteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan di kepala, minggu lalu, diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri.

Sehubungan itu, polis menyifatkan siasatan kes itu selesai dan sedang mengemas kini kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat selepas polis menyoal siasat lebih 15 orang, termasuk saksi dan ahli keluarga kedua-dua mangsa.

Hasil siasatan dan keterangan saksi menjurus kepada bunuh dan bunuh diri. Berikutan itu, kita anggap siasatan kes itu selesai, katanya tanpa enggan mengulas siapa yang melakukan pembunuhan dan siapa yang membunuh diri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Perasmian Sistem Anti-Hijack di sini, semalam.

Mayat Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui di tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik wanita itu selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz yang memandu kereta itu ditemui dengan satu kesan tembakan di bahagian kanan kepala, manakala Siti Rohana ada dua kesan tembakan iaitu di rusuk dan kepala bahagian kanan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru kepunyaan Abdul Aziz di celah tempat duduk pemandu.

Abdul Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana adalah Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan ke Tanjong Karang untuk menghadiri satu program rasmi Umno.

Ditanya motif pembunuhan dan bunuh diri itu, Khalid menjawab: Polis sudah mengenal pasti motif kejadian itu, namun tidak menjadi keperluan untuk dihebahkan kepada umum kerana ia hanya membabitkan kedua-dua mangsa.

Tiada suspek atau individu mahupun orang ketiga terbabit dalam kejadian itu.

Berikutan itu, Khalid meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata, kertas siasatan itu akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat, untuk memutuskan tindakan susulan.

6 comments:

  1. salam,

    bro tak eloklah siarkan gambar tanpa "censored"

    ReplyDelete
  2. apa maksud gambar ini..nak mengaipkan keluarga si mati?...keluarkanlah

    ReplyDelete
  3. salam..

    brother sedaka.. jujurnya aku cuma ingin menegur
    jika boleh kaburkanlah wajah simati ini
    Cerita ini blh mengaibkan keluarga simati dan juga maruah simati..

    maaf jika aku menegur.. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. saya fikir tak elok disiarkan gambar ini ...
    tak beretika lah. kalau terkena dengan famili anda bagai mana? Saya cadangkan gambar ini ditarik balik dan tidak disiarkan.

    ReplyDelete
  5. betul tu bro, kalu kita tutup aib orang insyaallah allah akan tutup aib kita. mana ada orang perfect dalam dunia ni.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, tolong remove gambar si-mati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.