Sesi taklimat perkembangan siasatan hakim Perancis ke atas skandal komisen pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene kini sedang berlangsung di Changi Village Hotel, Singapura.
Taklimat disampaikan oleh peguam bersekutu yang mewakili dua peguam utama, William Bourdon dan Joseph Breham, iaitu Apolline Cagnat (gambar, tengah).
Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri sudah pun berada di republik itu bersama-sama dengan Cagnat.
Turut hadir, ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli parlimen Batu, Tian Chua.
Buat masa ini, siaran langsung tidak dapat diadakan ekoran laman web yang menyiarkannya telah digodam sebentar tadi, dipercayai bagi menghalang siaran terkini disampaikan oleh Cagnat.
Usaha baik pulih sedang dilakukan bagi mengatasi masalah ini yang dipercayai dilakukan syaitan yang dikenali yang kini sedang berlonggok macam lembu milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil di PWTC.
Cagnat dalam penerangannya memberitahu dua saksi utama iaitu perdana menteri Najib Altantuya dan rakan baiknya, Abdul Razak Abdullah Baginda (Razak Baginda) hampir pasti akan disapina ke mahkamah.Nota: Maaf, pautan masih belum dipulihkan setakat 1.10 tengah hari ini. Harap maaf di aatas segala kesulitan.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.
Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.
“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.
Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.
Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia tanpa sebarang alasan munasabah.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.
Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.
Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.
JALAN PULANG
0 comments:
Post a Comment