(Gambar) Terkini Di Gaza: Pejabat PM Hancur, Kematian Orang Awam Meningkat Angkara Zionis Israel Laknatullah.. Ya Allah Selamat Umat Islam Di Palestin

Israel Serang Gaza Gunakan Senjata Terlarang
Seorang ibu menggendong jasad anaknya yang tewas dalam serangan Israel di Jabaliya, Jalur Gaza, Palestina, Jumat (16/11).



'Harusnya Negara Arab Bersatu Bela Bangsa Palestina'
GAZA CITY - Israel melancarkan lebih 180 serangan udara ke arah Genting Gaza awal pagi hari ini, termasuk serangan yang disasarkan ke ibu pejabat kerajaan Hamas hingga menyebabkan bangunan tersebut musnah teruk, menurut kenyataan yang dikeluarkan Hamas.
Serangan baharu itu merupakan tindak balas rejim Zionis terhadap beberapa siri serangan roket yang pertama kali dilancarkan oleh Hamas ke atas bandar suci Baitulmaqdis, yang meningkatkan lagi ketegangan antara Israel dengan pejuang Palestin.

"Empat serangan disasarkan ke arah ibu pejabat Kabinet Hamas. Bagaimanapun, kerajaan kekal dengan pendirian untuk terus menentang Israel dan bersama penduduk Palestin," menurut kenyataan itu lagi.
Menurut saksi dan pegawai Hamas, ibu pejabat yang terletak di kawasan kejiranan Nasser di Gaza City, musnah teruk dalam serangan tersebut.
"Bangunan tersebut musnah sama sekali dan beberapa buah rumah berdekatan turut musnah," katanya.
Pagi semalam, Haniyeh dan beberapa pegawai tinggi Hamas berada di bangunan tersebut bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil dalam lawatan singkatnya ke Gaza.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel berkata, tentera Israel (IDF) menyasarkan serangan pada bangunan yang menempatkan ibu pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh di Gaza.
"Dalam tempoh enam jam, IDF menyasarkan sebanyak 85 lagi serangan di kawasan pengganas," menurut kenyataan pasukan itu dalam akaun Twitter rasmi milik mereka.
Tentera Israel turut mendakwa sebanyak 150 roket yang dilancarkan dari Gaza mengenai kawasannya sejak semalam dan sekurang-kurangnya 83 lagi berjaya dipintas oleh sistem anti peluru berpandu Iron Dome miliknya.
Pegawai perubatan Gaza, Ashraf al-Kidra berkata, dalam serangan terbaru hari ini, sebanyak 10 orang terbunuh termasuk lapan pejuang Palestin, manakala berpuluh-puluh lagi tercedera.
Secara keseluruhan setakat tengah hari, sebanyak 40 rakyat Palestin terbunuh termasuklah 13 orang awam dan tiga orang awam Israel pula turut maut sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya Rabu lalu.

Seorang dokter Palestina membawa tubuh seorang anak yang tewas akibat serangan udara Israel di kawasan kota Gaza. FOTO: AFP PHOTO/MAHMUD HAMS/POOL
Seorang dokter Palestina membawa tubuh seorang anak yang tewas akibat serangan udara Israel di kawasan kota Gaza. FOTO: AFP PHOTO/MAHMUD HAMS/POOL
Israel akan dimintai pertanggungjawaban atas terbunuhnya anak-anak di antara 40 orang tewas dalam tiga hari serangan udara di Gaza.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, Sabtu (17/11), waktu setempat, mengatakan,  bahwa Israel akan dimintai pertanggungjawaban atas terbunuhnya anak-anak di antara 40 orang tewas dalam tiga hari serangan udara di Gaza. 

"Semua orang harus tahu bahwa cepat atau lambat akan ada pertanggungjawaban atas jumlah  pembantaian anak-anak tak berdosa yang tewas secara tak  manusiawi di Gaza," katanya dalam satu pidato di Universitas Kairo. 

Erdogan, yang sebelumnya bertemu dengan Presiden Mohamed Moursi, telah menyalahkan Israel atas putaran terakhir pertempuran di sekitar Jalur Gaza. 

Amerika Serikat ingin, baik Turki dan Mesir, menekan Hamas sebagai penguasa Gaza untuk menghentikan serangan-serangan roket ke wilayah Israel. 

Para gerilyawan Palestina melakukan penembakan-penembakan roket ke wilayah Israel selatan sebagai balasan razia dan serangan semena-mena tentara negara Yahudi itu terhadap warga di wilayah yang dicaploknya sejak perang 1967, yang mendapat tentangan dari masyarakat dunia. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.