Kantoi Tahap Gaban: Hot Giler - Provokasi Polis Terdedah Lagi, Ada Desakan Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan


Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. 
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknyaJika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!


Ulasan GB

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah.Petikan doa yang selalu GB siarkan: 


Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:

Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan,satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..


Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.

POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bagi setiap Polis berpakaian preman (SB)

Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!


Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



- Sumber: Greenboc

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.