Kajang Oh Kajang!!! DS Anwar Jelaskan Kenapa Bertanding Di Kajang? Ini Jawapannya.. Jom Terjah!!


Anwar Ibrahim dikerumuni media selepas mengadakan sidang akhbar mengenai isu konsesus negara di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Anwar Ibrahim dikerumuni media selepas mengadakan sidang akhbar mengenai isu konsesus negara di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur. Selepas diserang bertalu-talu di media sosial berhubung keputusannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan menjelajah kawasan tersebut bagi memberikan penerangan.
Anwar juga berkata beliau akan menjelaskan mengenai keputusan dan strategi seterusnya dalam menjadikan kerusi DUN Kajang bagi melonjak Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.
"Ia antara strategi, kita halusi dan akan jelaskan di Kajang," kata Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Kita perlu lonjakan sekarang."
Ketua Pembangkang itu mengakui keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya, selepas gagal dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Anwar berkata, sekiranya menang di Kajang, misi pertamanya adalah untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh dan kemudiannya menakluk Putrajaya.
"Dalam perbincangan awal, konsensusnya kita perlu bergerak dan meluaskan tahap pencapaian sebagai sebuah negeri bersederhana dan dilihat mampu menggunakan kepimpinan Pakatan secara keseluruhan sebagai batu loncatan untuk menakluk ke Putrajaya," katanya. 
TMI
– 29 Januari, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.