Hangat!!! Gugurkan Azmin Ali Selaku Lembaga Pengarah PKNS Adalah Kerja Orang Ini.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM – Keputusan untuk menggugurkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selaku ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) dibuat oleh itu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, hari ini.

"Keputusan ini (menamatkan kontrak) bukan keputusan saya mahupun Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya, ia diputuskan Pengurus Besar PKNS sendiri dan ia bukan parti politik.

"Surat yang bertarikh 4 Disember 2013 telah diserahkan kepada Mohamed Azmin dan dia telah menerimanya, jadi Exco menghormati keputusan itu," tambah Abdul Khalid.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, isu pengurusan PKNS semakin hangat apabila ura-ura sejak Oktober lalu menyatakan Mohamed Azmin bakal digugurkan dari jawatan yang mewakili komponen parti PKR untuk penggal ini.

Mohamed Azmin bagaimanapun dalam kiriman SMS kepada Sinar Harian hanya menjawab 'Ya' ketika ditanya mengenai perkara itu.

Sementara itu, menafikan bahawa beliau adalah di belakang keputusan itu, Abdul Khalid berkata, pihaknya sedang mengkaji Akta Rahsia Rasmi sebelum mendedahkan surat itu kepada orang ramai.

"Dalam masa kira-kira dua minggu, kami akan mendedahkannya kepada orang ramai.

"Anda boleh melihat bahawa kita tidak berada di belakang keputusan itu. Anda boleh melihat bahawa Exco-Exco juga tidak berkata apa-apa, " katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.