Ganas!!! Punca Timbalan Menteri Pendidikan II Ditumbuk Seorang Pemuda Di Pejabat Ahli Parlimen Itu Terdedah.. Jom Terjah!!

kamalanathanTimbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan mengadu ditumbuk seorang pemuda di pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, petang Ahad.
Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pemuda terbabit ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.

Dalam laporan polisnya, Kamalanathan berkata lelaki itu berjumpanya ketika program pemeriksaan mata yang dianjurkan pejabatnya.
Ayah pemuda terbabit dikatakan berjumpa Kamalanathan untuk memohon supaya menantunya yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.
Bagaimanapun, ahli Parlimen itu itu memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu lelaki berkenaan mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.
Kamalanathan dalam laporan polis di balai Bukit Sentosa mendakwa pemuda itu yang berjumpanya kemudian dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan kebahagian lehernya.
Polis Kuala Kubu Bahru ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.