KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini.
Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok.
“Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi,” kata peguam Haris Ibrahim kepada The Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi.
Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra (gambar) berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu.
Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud ‘kebuntuan’ dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya.
“Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia.
“Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3,” kata tulisan itu.
0 comments:
Post a Comment