Tragedi Tahfiz: Akhirnya Kes Berjaya Diselesaikan Dalam Tempoh Singkat, TAHNIAH PDRM



PETALING JAYA: Ejek-mengejek membawa kepada niat untuk membakar bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Sabtu malam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan seramai tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan selepas siasatan rapi dijalankan sejak Jumaat.

"Pihak polis berjaya menangkap tujuh orang saya boleh mengesahkan kes ini selesai.
"Siasatan rapi dibuat dengan bantuan beberapa pihak dan turut merampas topi keledar, seluar serta motosikal yang digunakan.

"Enam daripada mereka positif ganja," ujarnya pada sidang media Sabtu malam.
 
Amar Singh berkata, mereka melakukannya dengan niat membakar.

"Kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah dan kami berjaya mendapatkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini (16 September)," ujarnya.

Dalam kejadian 5.15 pagi Khamis lalu, seramai 21 orang pelajar dan dua orang warden asrama maut.

Jelas Amar Singh, dua daripada yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kebakaran dimulakan dengan satu bahan pembakar dan tidak wajar saya memberitahu cara-cara jenayah dilakukan kerana ia boleh menjejaskan siasatan mahkamah.


"Saya juga memberi amaran segala keterangan atau maklumat yang diperolehi menerusi telefon supaya tidak disebar kerana ia boleh memberi perbezaan dengan bukti mahkamah," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.