SAYU!!! Suasana Pilu Di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah



PETANG Jumaat yang pilu ini berakhirlah perjalanan 12 anak-anak syurga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittiqiyah untuk bertemu dengan sang Penciptanya.

Suasana mendung mengiringi pengebumian 12 jenazah anak-anak syurga ini yang sebelum itu dibawa ke surau kuarters Hospital Kuala Lumpur untuk dimandikan menggunakan kaedah tayammum kemudian dikafankan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves Selangor.


Lebih memilukan ada sanak saudara waris mangsa tidak dapat menahan rasa sedih kehilangan insan tersayang lalu sebak dan menangis melihat jenazah anak-anak syurga yang masih bertubuh kecil ini akan bersemadi buat selama-lamanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri hadir memberi tazkirah ringkas sementara menunggu ketibaan jenazah anak-anak tahfiz ke Raudhatul Sakinah.

– HARAKAHDAILY
15/9/2017



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.