SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd
Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau
ketika digali semula pagi ini.
Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada
majalah Mingguan Wanita, hari ini.
Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula
oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi
mencari punca kematiannya.
"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak
menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.
"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya
apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita
menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor
ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya
dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.
"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam."
katanya.
Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai
menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali
semula.
“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama
seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang
dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup
istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih
hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur.
Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul
menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” katanya.
Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa
pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.
Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa
bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana
kekurangan bukti.
- Sinar Harian
- Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment