GEORGE
TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman
Abdul Samat bersama tiga pegawai kanannya dan tujuh kontraktor ditahan reman
selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri
semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan rasuah wang dana
organisasi itu semalam.
Azman
yang berusia 50 tahun diberkas di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah pada pukul 10.40 pagi manakala yang lain dipercayai
ditahan di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dalam operasi Ops Miskin.
Azman
telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995.
Tiga
pegawai kanan ZPP pula ialah Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Mohd. Wardi
Ramli, 35, Pegawai Unit Pendidikan, Muhamad Hafizi Che Ani, 39, dan Ketua
Bahagian Pembangunan, Kebajikan dan Sosial, Ruslan Harun, 40.
Tujuh
kontraktor yang berpangkalan di negeri ini pula masing-masing berusia antara 41
hingga 52 tahun.
Pengarah
SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, penahanan ke atas mereka dilakukan
hasil maklumat orang awam berhubung laporan kes penyelewengan dana ZPP dan
risikan pihaknya sejak Disember tahun lalu.
Menurutnya,
siasatan awal mendapati ada pegawai ZPP telah menerima barangan berharga, wang
tunai dan cek daripada beberapa pemilik syarikat kontraktor dan agensi
berkenaan di negeri ini.
“Perbuatan
itu dipercayai sebagai dorongan kerana pegawai terbabit memberi projek atau
kerja berkaitan program pembangunan masyarakat ZPP. Program tersebut
dilaksanakan untuk golongan asnaf, anak yatim, mereka yang memerlukan termasuk
pembinaan rumah.
“Selain
itu, pegawai utama ZPP juga dipercayai memberikan bantuan permulaan pelajaran
dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agam
Islam Pulau Pinang. Semua urusan itu dikesan berlaku sejak tahun 2014 hingga
2016,” katanya pada sidang akhbar di pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad
Shah di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment