JOHOR
BAHRU 11 Mei - Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cahaya Baru, Pasir Gudang
ditemukan mati tergantung di rumahnya di Felda Cahaya Baru, Masai dekat sini
semalam.
Ketua
Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz berkata, mayat mangsa
yang berusia 12 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung pada bahagian dapur
rumah kira-kira pukul 5.30 petang.
“Pemeriksaan
awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang perbuatan jenayah.
Bagaimanapun siasatan lanjut mengenai kejadian masih lagi dijalankan.
“Kita
juga telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga angkat pelajar
berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan bedah
siasat telah dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya kepada Utusan
Malaysia, di sini hari ini.
Jenazah
mangsa yang dijadikan anak angkat keluarga berkenaan sejak dilahirkan selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Baru, Masai kira-kira pukul 12.30
tengah hari tadi.
-
UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment