BANGANG!!! Kritik Tangkap Ponteng Puasa, Menteri Dikecam Netizen...



Putrajaya: Desakan YB Khairy Jamaluddin (KJ) supaya penguatkuasa agama di Malaysia tidak menangkap Muslim yang tidak berpuasa dan menumpukan kepada kebajikan asnaf mendapat kecaman netizen. Menurutnya, jabatan-jabatan agama perlu ditekan oleh masyarakat agar tidak menangkap orang-orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Tambah KJ lagi, adalah lebih penting untuk wang tersebut untuk dibelanjakan membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik berbanding sekiranya digunakan untuk menangkap mereka yang ponteng puasa pada bulan Ramadan. Ramai dari kalangan netizen menempelak KJ kerana tidak tahu membezakan bidangkuasa antara jabatan agama bahagian penguatkuasaan dan jabatan agama yang memberi fokus kepada kerja-kerja bantuan kebajikan.
Menteri Belia dan Sukan itu dilaporkan telah mengeluarkan pendapatnya yang sedemikian menerusi siri tulisan di laman sosial Twitter miliknya semalam. Sedar akan bidang kuasa jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri adalah di bawah kuasa Raja-Raja masing-masing secara berasingan, beliau menyarankan agar perbahasan awam dapat digalakkan supaya masyarakat sendiri akan memberi tekanan terhadap jabatan-jabatan tersebut.

Khairy berkata, “Saya boleh bincang dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Jamil Khir mengenai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), tetapi kena ingat jabatan-jabatan lain yang membuat penguatkuasaan di bawah kuasa negeri.”

Beliau meneruskan, “Jadi, ia bukan perkara yang mudah untuk ‘tidak bercakap, sekadar melakukannya’. Agama merupakan urusan setiap negeri. Banyak jabatan agama Islam negeri di bawah Raja-Raja.”

“Oleh itu, satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggalakkan perbahasan awam. Jika jangkaan masyarakat berubah, maka akan ada tekanan terhadap jabatan-jabatan agama,” katanya lagi.


Ada netizen yang mempersoalkan tindakannya mencampuri urusan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan agama sedangkan Khairy Jamaluddin sendiri dikatakan telah melakukan promosi berlebihan terhadap tarian Zumba yang bercampur antara jantina tanpa mengira batas aurat dan maruah sedangkan wang yang dibelanjakan dapat membantu ramai insan-insan yang memerlukan. Terdapat juga suara yang menyindir Menteri Belia dan Sukan berkenaan kes skandal kehilangan RM100 juta wang kementerian itu yang lebih bermanfaat sekiranya dapat digunakan untuk membantu orang-orang miskin

- menara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.