Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan
Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan
politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan
jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis
Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di
Petaling Jaya malam ini.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR berakhir
pada kira-kira jam 11.30 malam.
Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri
Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang
juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar
negara.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham
Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat
lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.
Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan
kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.
Tolak alasan PAS
Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh
menegaskan bahawa PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama
politik dengan parti itu.
Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS
kerana memutuskan tahaluf siyasi.
"PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun
PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua
parti.
"PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan
sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya
Umum ke-14," katanya lagi.
Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan
memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran
syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.
**************************
Sumber Maklumat Lain
PKR menafikan telah mengeluarkan kenyataan media itu dan menyatakan, kenyataan media tersebut adalah PALSU.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Facebook rasmi PKR.
**************************
Sumber Maklumat Lain
PKR menafikan telah mengeluarkan kenyataan media itu dan menyatakan, kenyataan media tersebut adalah PALSU.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman Facebook rasmi PKR.
0 comments:
Post a Comment