Insentif RM20,000 Setiap Pemain, Jika Skuad Hijau Kuning Menang Dalam Final Piala FA...


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bonus buat pemain skuad hijau kuning jika berjaya menewaskan Pahang dalam final Piala FA, Sabtu ini.

Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjanjikan insentif RM20,000 setiap seorang pemain jika mereka berjaya membawa pulang Piala FA ke Alor Setar.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau hadir di Stadium Darul Aman bagi menyaksikan persiapan anak didik Mohd Nidzam Adzha Yusof pada petang Rabu.

Ahmad Bashah turut ditemani Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar ketika memberikan amanat kepada pegawai dan pemain sebelum mereka berlepas ke Shah Alam pada Khamis.

Beliau selain itu turut berharap pemain dapat memberikan aksi terbaik untuk memastikan penyokong dan seluruh rakyat Kedah tidak kecewa.

Jelasnya, pemain bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana penyokong akan sentiasa bersama mereka sepanjang permainan bersama sorakan.

Jika imbuhan untuk pemain telah diumumkan, ini pula pengumuman buat penduduk negeri Jelapang Padi.

Ahmad Bashah memberitahu, walaupun Kedah juara dalam final tersebut, namun tiada cuti umum akan diberikan pada Ahad.

Beliau juga berharap barisan Pemain Kedah akan memberikan prestasi terbaik dengan keupayaan sebenar dan tidak takut dengan reputasi lawan yang bakal di temui di Stadium Shah Alam.

Barisan pemain Kedah perlu beraksi dengan penuh semangat dan tidak perlu risau mengenai penyokong pasukan Kedah kerana separuh daripada penyokong pasukan Kedah akan berada untuk membakar semangat mereka pada malam perlawanan.

Beliau juga turut menyatakan, tidak akan ada cuti umum walaupun pasukan Kedah berjaya menjuarai Piala FA Sabtu malam kerana kebelakangan ini telah banyak cuti umum di nikmati  oleh rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.