Akhirnya Tan Sri Isa Samad Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Felda Investment Corp’s (FIC), anak syarikat yang dimiliki Encorp Bhd mengumumkan beberapa perubahan dalam senarai lembaga pengarahnya berkuatkuasa pada Isnin termasuk peletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai pengerusi bukan eksekutif.

FIC memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain pengarah bukan eksekutif Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran 'perubahan penama dari pemegang saham utama.

Calon baharu untuk mengisi jawatan itu adalah pengarahnya, Datuk Muzzammil Mohd Nor, 45; Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, 58;  dan Hussein Ismail, 60.

Muzzammil merupakan Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Syed Mohammed memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif  Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan Hussein juga merupakan Pengarah Iris Corp.

Namun pengumuman itu tidak memaklumkan mengenai pelantikan pengerusi baharu.

FIC merupakan satu cabang pelaburan syarikat milik penuh Felda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.