Keputusan MSU: Tahaaluf Siyaasi PAS dan PKR Batal - Ini Kenyataan Rasmi PAS Selangor


PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.


Oleh hal yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Walau bagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke-13 lalu maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya nanti.

SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
11 Mei 2017 

 HARAKAHDAILY 11/5/2017

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.