PETALING
JAYA: PAS
mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.
Timbalan
Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat
maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang
kuasa Sultan.
"Bagi
PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor
(Sultan Sharafudin Idris Shah).
"Jadi
pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku
Sultan," katanya.
Tuan
Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star pada Sabtu bahawa
Azmin telah membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat dengan tiga
exco PAS negeri yang berlangsung selama satu jam.
Tiga
exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan
Zaidy Abdul Talib.
Mengulas
lanjut Tuan Ibrahim berkata beliau bagaimanapun tetap akan mendapatkan
pengesahan daripada tiga exco berkenaan dan Azmin sendiri terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan muktamad.
"Saya
kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin.
"Saya
pun sebenarnya belum dapat pengesahan daripada exco kita di Selangor, saya akan
dapatkan pengesahan mereka dan pengesahan daripada Datuk Seri Azmin tentang isu
ini," katanya yang berada di Perak ketika dihubungi.
Azmin
dilaporkan memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada
Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Dilaporkan,
Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian
daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya
umum 2013.
Wakil
PAS juga dilaporkan akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal
sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.
0 comments:
Post a Comment