PETALING
JAYA: Pasukan
Kedah menempah tiket ke final Piala FA 2017 selepas menewaskan Terengganu 3-0
pada pusingan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu malam Sabtu.
Skuad
Lang Merah itu menang dengan agregat 4-0.
Pasukan
tuan rumah cuba memadam defisit jaringan tewas 0-1 pada aksi separuh akhir
pertama menerusi percubaan Lazaro Vinicius tetapi tersasar.
Anak
buah Mohd Nizam Adzha Yusoff melakukan asakan balas menerusi Liridon
Krasniqi yang berjaya menewaskan penjaga gol Amierul Hakimi Awang pada minit
keempat.
Pasukan
tuan rumah kelihatan sedikit tertekan apabila Ken Islo meledak gol kedua pada
minit ke-28 selepas kesilapan dilakukan pemain tengah Abdul Shukur Jusoh.
Terengganu dihadiahkan sepakan percuma tetapi gagal membolosi gawang Kedah
apabila sepakan Lazaro Vinicius jauh tersasar.
Bersambung
babak kedua perlawanan, Kedah terus mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan
Sandro Da Silva pada minit ke-47.
Sementara
itu, dalam satu lagi perlawanan berasingan, pasukan Pahang mengiringi Kedah ke
pentas final selepas meranapkan impian Negeri Sembilan dengan kemenangan 1 - 2
di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Sabtu.
Skuad
kendalian jurulatih Dollah Salleh itu mara ke perlawanan akhir dengan agregat
kemenangan 1-3.
Gawang
tuan tumah dikejutkan dengan jaringan Heo Jae-won pada minit keenam yang
menanduk kemas hantaran Ahmad Syamim Yahya.
Namun
Negeri Sembilan bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas Bruno
Suzuki pada minit ke-67.
Jaringan itu ternyata membangkitkan semangat pasukan tuan rumah untuk terus melancarkan serangan ke kubu Pahang dalam usaha mendapatkan gol.
Namun, tuah ternyata mengiringi Pahang apabila Christie Jayaselan muncul wira apabila melengkapkan gol kedua skuad Tok Gajah pada minit ke-90.
Pertembungan final antara Kedah menentang Pahang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini.

untuk saksikan video:
https://www.facebook.com/kedahfa.my/videos/1541120359253769/
0 comments:
Post a Comment