Pemuda Umno Dakwa Kasut Dibaling Penyokong BERSATU, Benarkah?



Exco Pemuda Umno, Datuk Armad Azha Abu Anifah mendakwa kekecohan yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam semalam berpunca daripada penyokong BERSATU sendiri.

Katanya berdasarkan video yang tular dan kenyataan daripada mereka yang hadir, kekecohan bermula selepas individu bernama Fariz Hadi bertanyakan soalan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tragedi Memali.
"Keadaan jadi panas selepas beliau tanyakan soalan mengenai Memali. Apabila soalan beliau tidak dijawab dengan jawapan yang tidak boleh diterima oleh pihak yang bertanya soalan maka mulalah provokasi di majlis tersebut.

"Kejadian sebenar adalah bila kasut dan botol dibaling pada Exco ARMADA oleh penyokong taksub BERSATU, maka di situlah mula segalanya,"dakwanya.

"Jadi yang mula adalah ARMADA sesama sendiri bukan saudara Fariz Hadi. Tahniah saya ucapkan kepada beliau kerana bertanyakan soalan," katanya dalam satu kenyataan.

Fariz dalam status di Facebooknya semalam berkata beliau datang ke program itu seorang diri selepas "dicabar orang tertentu".

Menurutnya, beliau bertanyakan soalan mudah kepada Mahathir sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang "peliwat negara" dan akan dijadikan perdana menteri oleh pengerusi BERSATU itu.

"Tun tak menjawab soalan saya malah pusing cerita. Tun kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tak tanya soalan tu. Buang masa saya hadir program di mana Tun M penakut nak jawab soalan. Kononnya Nothing To Hide. "Selesai Tun M menjawab saya keluar dewan. Baik saya spend time dengan keluarga dari buang masa layan orang tua kuat pusing cerita. "PM memang tak perlu datang program begini. Saya datang pun Tun M tak jawab soalan saya," katanya.

'Remaja menyamar ahli ARMADA'

Sementara itu, Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ketiga-ketiga remaja yang ditahan polis adalah remaja di bawah umur dan bukan anggota ARMADA.

Mereka ialah Muhammad Nur Fazly Arnas, 17; Muhammad Afiq Afifi Mohd Nazri, 19 dan Muhammad Safwan Shairul Nezem, 18. "Umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli ARMADA dan kami juga telah menyemak semula keahlian mereka dengan BERSATU.

Mereka sama sekali bukan ahli BERSATU. "Mereka hanyalah remaja upahan yang menyamar sebagai ahli ARMADA dengan berbekalkan sehelai t shirt ARMADA dan t shirt ARMADA yang dipakai oleh mereka bukanlah t shirt rasmi ARMADA.


"Persoalannya, jika mereka bukan ahli PPBM, siapakah yang telah memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Tun Mahathir? Soalnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.