Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan
kepada Dr Mahathir mengenai tragedi Memali yang berlaku ketika zaman
pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Program Nothing To Hide 2 yang berlangsung di Dewan Raja Muda
Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Shah Alam anjuran Armada
Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu.
Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual
tamat pada pukul 6 petang terpaksa dihentikan serta-merta oleh pihak penganjur.
Nothing To Hide 2 ini juga memperlihatkan kehadiran Ketua
Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden
Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz
Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain.
Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Dr
Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak
menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak
kelihatan.
-Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment