ALOR SETAR - Hanya kerana tidak berpuas hati apabila bekas teman
wanita mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki tergamak menikam mangsa
dengan senjata tajam di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, Alor
Setar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7 malam, mangsa berusia 23 tahun berasal dari Kampung Alor Gandak, di sini, bertemu dengan suspek, 23, di lokasi kejadian bagi membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek tidak dapat menerima hakikat mangsa mahu memutuskan hubungan sebelum naik berang dan mengeluarkan senjata tajam.
Menurutnya, suspek kemudian menikam perut mangsa beberapa kali hingga berlaku pergelutan selepas wanita itu cuba mengelak menyebabkan jari dan lutut kirinya turut mengalami kecederaan.
"Mangsa yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, menggunakan ambulans untuk rawatan.
"Setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil, namun masih lemah akibat kehilangan banyak darah," katanya.
Katanya, polis kini berusaha mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

0 comments:
Post a Comment