Adoi..Gantung buaian bayi dalam gerabak MRT, Penumpang Ini Dikritik HEBAT...




Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) terkejut dengan tindakan seorang ibu yang menggantung buai anaknya di dalam pengangkutan awam itu.

Difahamkan, buaian itu didakwa disangkut pada senggayut pemegang tempat berdiri di kemudahan terbabit, lapor Mstar Online.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menjadi tular di laman media sosial.
Pengguna Facebook, Nana Abd Rashid berkongsi kejadian itu di Facebook dengan menyifatkan ia sebagai sangat memalukan.

"Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

"Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT... alahai...," tulisnya di Facebook.

Seperti yang dijangka, tindakan wanita itu dikecam oleh netizen.

@azah Haziq Akashah berkata:"Tak fahamlah... nak service world class tapi mentaliti tak ada class. Kalau train tu emergency brake, anak tercampak pecah kepala, siapa nak tanggung?."

@nyonya Harun pula berkata: Inilah bangsa tak malu dan tak boleh nak diajar. Lingkup harta awam dengan perangai pelik-pelik dan tak bertamadun macam ni, vandalisme dan buta sosial namanya!

Dalam pada itu, MRT menyifatkan tindakan ibu terbabit sebagai amat merbahayakan.


Menerusi satu kenyataan, MRT turut menasihati agar semua penumpang supaya menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan itu dan tidak melakukan sebarang vandalisme.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.