KUALA SELANGOR - Seramai 30 ahli Pemuda Pas Kuala Selangor sepakat keluar parti dan menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Kuala Selangor Datuk Amiruddin Setro di sini, kelmarin.
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Cawangan Kuala Parit, Sharudin Mohd Nri berkata, beliau dan beberapa ahli lain membuat keputusan setelah merasa perjuangan Pas sudah terpesong semenjak parti ini bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, sebagai bangsa Melayu dia dan yang lain merasa tertindas kerana tujuan asal tidak diperjuangkan dan kebanyakan pemimpinnya tidak sepakat serta ada yang mempunyai kepentingan peribadi di dalam parti.
“Lebih mengecewakan lagi masjid pun dijadikan tempat berpolitik sedangkan UMNO tidak pernah berbuat demikian.
“Saya menyertai Pas semenjak berumur 18 tahun dan disebabkan kekecewaan dengan apa yang berlaku ini, saya dan ahli lain mengambil keputusan untuk menyertai UMNO,” katanya kepada media.
Menurutnya, sebelum ini Pas dilihat benar-benar memperjuangkan Islam tetapi semenjak Selangor diperintah Pakatan Rakyat (PR), Pas seolah-olah hilang pedoman hinggakan masjid turut dijadikan lokasi berpolitik.
“Kami menyertai UMNO dengan harapan dapat menyatukan bangsa Melayu dan memperjuangkan Islam kerana parti inilah yang dilihat mampu melakukannya.
“Saya kecewa dengan senario politik Pas sekarang semenjak parti ini bergabung dengan PR yang menyebabkan bentuk perjuangan mereka kabur, umpama lalang ditiup angin hingga merasakan perjuangan terhadap Islam seolah-olah diketepikan demi perjuangan PR,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Amiruddin Setro berkata, peristiwa ini amat bersejarah dan merasa bersyukur kerana mereka membuat keputusan yang bijak kerana memilih UMNO sebagai parti yang menyatukan bangsa Melayu dan menegakkan Islam.
“Pemuda di kampung ini telah timbul kesedaran mereka tentang pentingnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.
“Ini adalah satu penghijrahan yang baik sempena Syawal yang mulia ini dan berharap semua Pemuda meneruskan hala tuju generasi Melayu yang akan datang,” katanya.
Menurutnya, UMNO Kuala Selangor tetap mengamalkan prinsip ‘Yang muda disayangi dan yang tua dihormati’.
“Semoga lebih ramai golongan belia di kampung ini menyertai UMNO kerana hanya parti inilah yang dilihat mampu memperjuangkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu,” katanya.
Dalam pada itu, penyerahan borang diadakan di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bukit Kuching merangkap Ketua UMNO Cawangan Bukit Kuching, Noh Buang.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
September
(117)
-
▼
Sep 21
(7)
- Feri Penumpang Ke Langkawi Tenggelam Di Jeti Kuah
- Pusat Hiburan Diserbu Polis - Jho Lo Antara Pengun...
- Wan Chik Daud Tanggung Perbelanjaan Kos Perubatan ...
- Munajat DiTanah Suci Oleh 40 Ulamak Dan Tok Guru P...
- 30 Pemuda PAS Kuala Selangor Sertai UMNO... Ramai ...
- 3 Sekolah Dan 60 Buah Rumah di 15 Kampung Rosak Di...
- Sedaka Sejahtera Turut Terkena Jangkitan Malware
-
▼
Sep 21
(7)
-
▼
September
(117)
ha ha ha UMNO tak serik serik lagi...
ReplyDelete