TuDiaa!!! MB Selangor Terima Surat Tunjuk Sebab Tersebar, Perlu Balas Sebelum Jumaat.. Jom Terjah!!!

Abdul Khalid dapat surat tunjuk sebab, perlu balas sebelum Jumaat
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi MB Selangor yang baharu.








"Kami ingin memaklumkan bahawa mesyuarat khas MPP bertarikh 15 Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.

"Kenyataan media Abdul Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan meletak jawatan MB," katanya.

Oleh itu jelasnya, mesyuarat khas Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad telah mengarahkan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini.

"Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut sebelum atau selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan meminta Pakatan Rakyat (PR) tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Kata Abdul Khalid, seandainya PR mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.