Terimalah Hakikat!!! Menteri Besar Selangor DIPECAT dari Parti.. Bagaimana Kedudukan Beliau Sebagai MB? Jom Terjah!!!

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

“Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

"Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

“Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat," kenyataannya dipetik.

Tan yang juga pengerusi lembaga disiplin berkata, MPP juga mengambil kira perkembangan berikut:

• Khalid mengingkari keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2, dan menagguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN negeri Selangor

• Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor

• Khalid berkeras meneruskan projek lebuh raya Kidex walaupun PKR mengarahkan beliau mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat

• Khalid gagal menjelaskan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Dalam sidang medianya selepas itu, Tan berkata Khalid masih lagi berpeluang untuk merayu keputusan MPP dalam tempoh 40 hari.

Tambahnya, keputusan MPP hari ini hanya melibatkan kedudukan Khalid dan tidak menjejaskan kedudukan Exco dan ADUN lain.

Menurut Tan, MPP turut mengambil kira Lembaga disiplin parti itu pada Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Khalid diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

1 comments:

  1. Assalamualaikum admin, saya pemilik blog http://www.nukeufo89.com dengan sukacita saya mahu mengeratkan hubungan sesama bloggers yg lain dan juga mahu menyebarkan ilmu yg ada untuk kesedaran dan juga manfaat bersama. Sudilah sekiranya admin bersetuju bertukar-tukar link dengan saya dengan meletakkan link blog saya dalam senarai blog list admin. Saya sudah meletakkan link blog admin ke dalam blog list saya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.