PARAH!!! Krisis Politik Selangor Makin Membara... Majlis Syura Ulama PAS Tolak DS Wan Azizah Diangkat MB Selangor.. Jom Terjah!!!

Dokumen keputusan Majlis Syura Ulama PAS mengenai krisis Menteri Besar Selangor ditandatangani kedua-dua pemimpin tertinggi badan itu.

PETALING JAYA: Krisis politik Selangor dilihat semakin parah apabila Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pendirian itu dinyatakan empat hari sebelum Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai rancangan sekutu mereka itu untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, badan itu membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

"Keputusan ini dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

"Maka selagi (Abdul Khalid) tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," demikian menurut kenyataan itu pada Khamis.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di Kota Bharu pada Selasa.

Bagaimanapun, badan itu menegaskan bahawa mereka sedia menilai kembali kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya wujud pertuduhan dan disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.