Pasti Berapi!!! Muktamar PAS Julung Kalinya Di Johor 18 - 20 September 2014... Ini Butirannya, Jom Terjah!!!!




Muktamar PAS yang akan diadakan buat pertama kalinya di Johor pada 18 hingga 20 September ini di jangka panas susulan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang masih bergolak sehingga sekarang. PAS akan mengadakan muktamarnya tahun ini di Taman Sutera Utama, Skudai. 

Borang pendaftaran media mula diedarkan kepada wartawan pada sidang media di Pejabat Agung PAS Isnin lalu. 

Muktamar bagi Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat akan bermula 16 hingga 17 September dan ketiga-tiganya akan berlangsung di lokasi berbeza. 

Muktamar Dewan Muslimat akan berlangsung di tapak yang sama dengan Muktamar PAS Pusat di Taman Sutera Utama, sementara Muktamar Dewan Ulama di sebuah hotel di Kulai. Muktamar Dewan Pemuda pula akan diadakan di Dewan Chong Moi, Kota Tinggi. 

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, PAS Johor bersedia menyambut kedatangan para pemimpin, perwakilan, pemerhati dan ahli parti itu dari seluruh negara bagi menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke-60. 

Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan, berkata sebagai tuan rumah segala persiapan berkaitan muktamar yang akan berlangsung tidak lama lagi sudah siap hampir 90%. 

"Alhamdulillah, boleh dikatakan segala persiapan berkaitan muktamar sudah diselesaikan. Hanya tunggu hari untuk memasang khemah dan menerima tetamu dari seluruh negara saja lagi," katanya kepada Harakahdaily. 

Menyentuh soal tapak program dan kebenaran pihak berkaitan, Aminolhuda berkata perkara berkaitan diselesaikan dengan polis dan pihak berkuasa tempatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.