TERJAWAB!!! Berita Terkini Dari Istana Selangor, Berapi Wooo.... Jom Terjah!!!


Sultan Selangor hari ini memperkenan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menitahkannya kekal di jawatan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.
"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya. ~mk

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.