Sukar Meramal Kemenangan Berpihak Kepada Siapa. Pengerusi UMNO Selangor Sanggup Buat Apa Sahaja... Apa Pulak Kata Pak Brahim Al Kataki...


PRK Hulu Selangor : Ibrahim Ali masih yakin BN menang, tapi potong 50 peratus

HULU SELANGOR, 24 April — Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang minggu lalu meletakkan sasaran majoriti bagi Barisan Nasional (BN) sekitar 3,000 undi, malam tadi memberi angka baru — 1,500 undi, di mana ia menurun 50 peratus.

“Saya sebelum ini meletakkan 3,000... itu anggaran kasar. Tetapi selepas saya meneliti secara mendalam, buat perkiraan secara mendalam, saya yakin majoriti BN sekitar 1,500,” kata beliau pada ceramah perdananya di Bilik Gerakan BN di Sungai Buaya Barat, Sungai Buaya di sini malam tadi.

Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berakhir tengah malam ini. Pengundian berlangsung esok.

Bagaimanapun Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, beliau masih menjangkakan BN boleh mencatatkan kemenangan besar.

“Mungkin BN boleh peroleh undi lebih besar, loncatan lebih besar (dalam majoriti),” kata beliau sambil, dipercayai merujuk kepada majoriti besar diperoleh BN dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negri Sembilan enam bulan lalu.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider pada 19 April lalu, Ibrahim menjangkakan BN akan memperoleh sehingga 3,000 undi.

Majoriti 3,000 itu, menurut beliau, berdasarkan kelebihan undi peringkat tiga kerusi DUN yang diperoleh BN dan lebih 1,400 undi rosak yang dicatatkan dua tahun lalu.
Ibrahim menjangkakan 30 hingga 40 peratus undi rosak dan bahagian majoriti peringkat ketiga-tiga kerusi DUN itu akan memihak kepada calon BN kali ini.

Ibrahim kini “berkampung” di Hulu Selangor membantu calon BN P. Kamalanathan, 45.
Bahagian Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN di mana ia tidak pernah kalah sejak pilihan raya pertama 1959.

BN telah menamakan Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC sebagai calonnya bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor yang ia tewas kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.
PKR pula menurunkan Datuk Zaid Ibrahim, 59, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, anak kelahiran Kelantan sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.
Zainal menewaskan Palaniel dengan kelebihan 198 undi.

Majoriti di peringkat Parlimen itu jauh lebih kecil berbanding majoriti 6,167 undi melibatkan tiga kerusi DUN yang kesemuanya dimenangi oleh BN.
Kawasan pilihan raya kecil Parlimen ini mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Parlimen Hulu Selangor terbahagi kepada tiga kerusi DUN iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Semalam, Pakatan Rakyat meletakkan peluang untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor masih 50:50 walaupun optimistik bahawa kemenangan akan memihak mereka.

“Peluang 50:50, tetapi bagus, boleh kekalkan kerusi... saingan cukup sengit,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas sesi penerangan isu projek pembangunan tanah Felda Sungai Buaya yang terbengkalai di Bandar Sungai Buaya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula sambil menyifatkan Zaid kini sebagai “underdog” berbanding calon BN menggesa Pakatan Rakyat supaya tidak selesa, sebaliknya bekerja keras untuk mendapatkan setiap undi.

Petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa maklum balas yang diterima BN sangat menggalakkan tetapi tidak mahu terlalu selesa dan yakin dengan perubahan positif dilalui pihaknya sekarang.

Oleh G. Manimaran

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.