NAJIB diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar mengenai Projek Pembinaan Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya pada Majlis Bersama Penduduk di Kampung Sungai Buaya, semalam.
KESIAN MEREKA... SETELAH 15 TAHUN BERLALU, JANJI YANG DIBUAT BARU NAK DITUNAIKAN, TAPI TAK SEPENUHNYA LAGI..... KENAPA YER????
363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima pampasan RM50,000 selepas 15 tahun
JANJI INI ADAKAH AKAN MENJADI KENYATAAN... KITA TUNGGU...........
Persimpangan bertingkat Sungai Buaya RM85j di Lebuh Raya Utara-Selatan dibina tahun depa
BUKIT BERUNTUNG: Penantian 15 tahun 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya untuk menerima tunggakan pampasan tanah, berakhir semalam menerusi campur tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Lebih manis, kegembiraan mereka dikongsi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan sendiri wang pampasan berjumlah RM50,000 seorang kepada 100 peneroka yang hidup.
Mereka menerima RM1,000 wang tunai dan bakinya RM49,000 dalam bentuk draf bank daripada Najib pada majlis Penyampaian Pembayaran Tanah Felda Kepada Bekas Peneroka, Penyerahan Cek Pembinaan Susur Keluar Masuk Sungai Buaya dan Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid serta Surau Daerah Hulu Selangor, di sini semalam.
Pada majlis itu, Perdana Menteri juga membawa berita gembira kepada kira-kira 5,000 penduduk Bandar Sungai Buaya dan hampir 20,000 penduduk sekitarnya apabila mengumumkan pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan membabitkan kos RM85 juta pada tahun depan.
Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) komited mengatasi masalah rakyat terutama di kawasan berkenaan.
"Inilah komitmen kerajaan BN. Atas usaha Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kita dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Idiqa Development Holdings Sdn Bhd, beliau berjaya membantu untuk bayar kepada pemilik tanah.
"Setiap penerima, iaitu 80 Melayu, tujuh India dan 13 waris masing-masing akan menerima RM50,000 setiap seorang," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Sebelum ini, peneroka tanah rancangan Felda itu menuntut bayaran pampasan dijanjikan pemaju yang gagal membangunkan kawasan itu sejak pertengahan 1990-an. Mereka hanya menerima RM250,000 daripada RM1 juta pampasan yang dijanjikan selepas projek itu terbengkalai atas sebab-sebab tertentu termasuk krisis ekonomi pada 1997.
Baki peneroka yang masih ada waris boleh menuntut wang pampasan pada Isnin ini di pejabat Murna Jaya Sdn Bhd pada jam 12 tengah hari dan perlu membawa dokumen membuktikan mereka adalah waris sah.
Perdana Menteri berkata, peneroka juga akan dibayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah yang akan dibangunkan oleh kerajaan.
"Kita mahu membangunkan tanah di sini tetapi syarat pertama ialah dengan memastikan pada pilihan raya umum akan datang, Selangor kembali kepada BN. Kalau tidak, kita tidak dapat buat tukar syarat tanah," katanya.
Najib turut mengumumkan pemberian perlindungan insurans nyawa RM10,000 berasaskan Islam kepada setiap warga bekas Felda Sungai Buaya.
“Saya ingin tegaskan BN akan menunaikan semua janji pada pilihan raya kecil ini. Saya sudah lantik Datuk Seri Noh Omar sebagai menteri yang bertanggungjawab di kawasan ini. Apa juga janji pilihan raya, dia pasti akan laksanakan. Kalau tak cukup, menteri kewangan akan tambah," katanya.
Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di mukim Serendah sebagai hadiah kepada penduduk jika berjaya mengembalikan semula Selangor kepada BN.
Mengenai persimpangan bertingkat itu, beliau berkata, ia membuktikan kerajaan BN sentiasa komited untuk mengatasi masalah rakyat dan bukan penipu semata-mata bagi mempengaruhi masyarakat menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Ada orang kata kita nak gula-gulakan orang Sungai Buaya kononnya majlis ini satu mainan, satu penipuan. Sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan, saya beri jaminan semua janji dan harapan di sini akan ditunaikan.
"Plus Expressway Sdn Bhd (Plus) memberi surat aku janji untuk membina susur bertingkat. Ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Plus adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Tak mungkin dia tipu. Kalau dia tipu, kita gantung penyenaraiannya, bungkus dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sekali,” katanya.
Penyerahan surat aku janji disempurnakan Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid kepada Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh sambil disaksikan Najib dan Shaziman.
Projek akan dilaksanakan secara usaha sama Kementerian Kerjaraya dan Plus bagi memberi akses ke Lebuh Raya Utara-Selatan pada 2011 dan dijangka mengambil masa dua tahun setengah untuk siap.
Ia bakal menjimatkan jarak dan masa perjalanan penduduk Sungai Buaya dan kawasan sekitar antara 60 hingga 90 minit serta menjimatkan petrol membabitkan perjalanan 24 kilometer hingga 32 kilometer.
Pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya itu pada asalnya tanggungjawab dan janji pemaju Bandar Sungai Buaya kepada penduduk pada 1990 tetapi tertangguh akibat krisis ekonomi.
SALAM BUAT ANAK SEDAKA.
ReplyDeleteNampaknya hati najib yang penuh dendam kesumat, dengki, kianat belum dibuka allah pintu taubatnya.Rakyat malaysia kena ditanya, siapa najib tun razak?
Kita sedia tahu, najib adalah anak allahyarham tun razak, perdana menteri kedua yang digelar bapa pembangunan. Kita sanjung jasa tun razak, tetapi kita tidak boleh menyamakan anak dengan bapa.
Saya maseh ingat lagi, sewaktu tahun 1976 kembali kerahmatullah tun razak dilondon. Dimasa itu najib maseh menuntut, dia balek kemalaysia bersama penerbangan yang membawa jenazah bapa nya.Sewaktu jenazah bapanya dibawa dengan kereta jenazah ke makam pahlawan, tiada siapa yang perasan bahawa mendiang botak chin juga turut sedih dengan kematian tun razak. Bayangkan waktu mana, botak chin boleh meletakan kalungan bunga diatas makam tun.
Apabila kerusi parlimen pekan kosong, berlakulah pilihanraya kecil dan umno meletakan najib sebagai pengganti tun.Selepas itu dia juga bertanding atas tiket dun, saya tidak ingat dun mana yang dia bertanding. Hasil kemenangannya najib telah dilantik sebgai menteri besar pahang, dan najib adalah seorang menteri besar pahang yang paling singkat tadbir negeri. kenapa jadi sesingkat itu, hanya orang pahang saja yang tahu.
Sekarang dia jadi perdana menteri malaysia, kita lihat dia juga mentadbir malaysia ala kelam kabut, persoalannya, ada kah najib juga akan menjadi perdana menteri yang paling singkat?. Kalau dilihat dengan ketamakan dan kesombongan dia sekarang ini, kita dapat bayangkan jadi, kun fayakun!.