Kecoh- Polis Arah Hentikan Ceramah PR di KSS







KUALA LUMPUR: Kekecohan meletus di ceramah Pakatan Rakyat (PR) malam Ahad apabila pihak polis menyerbu ke pentas utama dan menghalang ceramah daripada dilangsungkan.

Ceramah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru itu adalah untuk memperingati ulang tahun kedua kejayaan PR dalam pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya yang lalu, PR telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor di samping memenangi 82 buah kerusi parlimen - iaitu yang paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1969.

Majlis malam tadi dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kekecohan mula timbul apabila sepasukan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan menuju ke arah Azmin Ali yang sedang berucap dan meminta beliau menghentikan ucapannya.

Ini kerana menurut polis, perhimpunan malam ini tidak mempunyai permit.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.

Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.

Polis tidak membenarkan orang-ramai memenuhi padang kelab berkenaan.
Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

Abdul Khalid luka didahi akibat dihentak dengan perisai manakala Naguib luka di muka dan belakang badannya akibat dipijak oleh anggota FRU sementara Tahir mengalami kecederaan pada tangan kanan beliau.

Seorang ahli KEADILAN Lembah pantai yang dikenali sebagai "Lan Mamak" ditahan oleh pihak polis semasa kekecohan berlaku di atas pentas.

"Kami terpaksa berasak-asak melindungi pemimpin Pakatan Rakyat takut dicederakan oleh anggota FRU.

"Dalam keadaan yang kritikal begitu kami sebagai barisan hadapan menjaga keselamatan menghalang pasukan keselamatan daripada merempuh pentas di mana pemimpin Pakatan Rakyat berada," jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu beberapa pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur cuba memujuk supaya pihak penganjur membatalkan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi telah di boo oleh hadirin yang melihat tindakan polis itu sebagai keterlaluan.

Ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis di balai polis Pantai dalam dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan doktor.

Sambutan yang dihadiri hampir 6,000 orang itu terpaksa dipindahkan di dalam dewan selepas Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berubding dengan pihak polis.

Selain Menteri Besar dan Azmin pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden dan Timbalan KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika mengulas mengenai keganasan pihak keselamatan berkata perbuatan mereka akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN.

"Ini adalah tindakan yang telah diarahkan oleh pimpinan Umno dan BN. Polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menangkap penjenayah bukannya masuk campur urusan parti politik dan mengganggu gugat aktiviti parti politik.

Ini adalah insiden kedua polis menghentikan ceramah PR kerana tidak memiliki permit berhimpun.

Semalam satu majlis anjuran DAP di Kepong, telah dihentikan atas sebab yang sama.

Ceramah di Kelab Sultan Sulaiman ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan moral PR selepas tiga ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti manakala seorang lagi dipecat sebagai ahli semalam.

2 comments:

  1. DAh banyak kali majlis ceramah seumpama ini dihalang oleh pihak polis atas alasan tidak ada permit. Kenapa jadi lembu sangat penganjur kalau dah tahu itu syaratnya, kenapa tak buat persediaan awal atau memang disengajakan, agendanya lebih kepada 'sembur air' dari isi ucapan.

    Taktik lapuk supaya publik marahkan polis dah tak boleh pakai, simpati dah bertukar kepada benci, bodoh piang pakai taktik lama.

    Jumlah penyokong kalau dah mengaku 6 ribu tapi polis masih boleh suraikan, pengakuan itu makan diri, di Thailand, memadai 2 ribu penyokong Thaksin, polis tidak terkawal, jadi di sini mana yang benar, Polis pandai ke atau jumlah yang datang kurang 2 ribu?

    Dan satu lagi taktik basi tolong jangan amalkan ialah jangan pula tak siarkan komen ini. Jangan jadi blog syok sendiri.

    ReplyDelete
  2. Fuuuuuuuuyoooooooooooooooooooooooooooooooooo......ramainya orang komen dalam blog ni, famous gila la blog ni...aku tabik spring la kt blog ni.he...he...he..

    psssstt....kalau nak kencing pegi la jamban, jangan la kencing merata-rata...hanyir la..lagipun kencing merata-rata ni kencing nya org kafir harbi..dah lah tak basuh plak tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.