Terminal Bas Pudu Raya Pindah Ke Bukit Jalil Mulai Esok


KUALA LUMPUR — Terminal sementara di Bukit Jalil telah dilengkapi dengan kemudahan yang sewajarnya dan bersedia untuk menempatkan operasi perkhidmatan bas ke utara dan selatan mulai esok berikutan penutupan sementara Hentian Puduraya bagi kerja menaiktaraf.

Ketua Pegawai Operasi UDA Mall Sdn Bhd Salamah Ismail berkata pelbagai kemudahan yang terdapat di Hentian Puduraya turut disediakan di terminal sementara itu bagi menjamin keselesaan penumpang dan pengusaha bas.

"Kita tidak jangkakan sebarang masalah akan timbul terhadap perkhidmatan bas kepada penumpang di terminal sementara ini,” katanya kepada pemberita ketika meninjau tapak terminal sementara itu hari ini.

UDA Mall yang menguruskan hentian Puduraya, turut terlibat dalam membangunkan terminal sementara di Bukit Jalil itu.

Operasi perkhidmatan bas di Hentian Puduraya akan dipindahkan sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil, bersebelahan Stadium Hoki Bukit Jalil, mulai esok bagi melancarkan kerja-kerja menaiktaraf dan penambahbaikan Hentian Puduraya yang dijangka mengambil masa empat bulan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.