HEBAT!!! (Gambar) Aksi Berani Pemain Bola Sepak Negara Walaupun Tewas Di Tangan Gergasi Sepanyol, Barcelona FC.. Jom Terjah!!!


Pemain Malaysia, Amri Yahyah (dua kiri) meraikan jaringanya sewaktu menentang FC Barcelona pada perlawanan persahabatan Jelajah Asia FC Barcelona menentang Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Gambar Bernama

SHAH ALAM – Malaysia XI mempamer aksi berani ketika menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.
Walaupun tewas 3-1, namun para pemain skuad kebangsaan mempamer sikap terpuji dengan berusaha keras mengekang asakan bertali arus anak buah Gerardo Martino.
Beraksi di hadapan kira-kira 60,000 penyokong, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal sesekali mencemaskan juara La Liga itu menerusi serangan balas.

Norshahrul Idlan Talaha misalnya mencemaskan The Catalan apabila kuisannya yang sudah melepasi Victor Valdes hanya singgah di tiang gol pada minit ke-20.
Bagaimanapun, Barcelona yang terkenal dengan corak permainan pantas menerusi hantaran pendek terlebih dahulu mencipta gol pada minit ke-33.
Gol pertama itu dijaringkan menerusi tandukan lemah Cesc Fabregas yang sepatutnya boleh diselamatkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Malaysia XI bagaimanapun tidak mudah mengalah dan cuba memberi saingan dengan melancarkan serangan balas pantas.
Hasilnya, penyerang Selangor, Mohd Amri Yahyah meledak gol penyamaan menerusi rembatan kemas dari luar kotak penalti.
Penyerang veteran Selangor itu tidak mensia-siakan peluang dengan melepaskan rembatan deras selepas pertahanan Barcelona gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada minit ke-34.
Ketika permainan babak pertama hampir tamat, penyerang baru Barcelona, Neymar Jr. yang sering kali melakukan gerakan bahaya akhirnya  berjaya menemui gol pendahuluan yang dicari-cari.
Neymar yang mendapat hantaran cantik daripada Fabregas di dalam kotak penalti dengan tenang mengawal bola sebelum merembat rendah ke kanan gawang Malaysia.
Masuk babak kedua, The Catalan terus menguasai permainan dan memperkotak-katikkan pemain Malaysia.
Mereka akhirnya berjaya mencipta gol ketiga menerusi Gerrard Pique pada minit ke-75 selepas menerima hantaran cantik sekali lagi menerusi Fabregas.
Perlawanan yang agak menghiburkan itu tamat dengan keputusan muktamad Barcelona FC 3 manakala Malaysia XI 1.
Sebahagian besar penonton bagaimanapun agak kecewa apabila pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Lionel Messi tidak turun beraksi pada perlawanan persabahatan itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.